Content area
Full Text
ABSTRAK
Status Geografi begitu signifikan dalam penentuan bahagian Pilihan Raya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, artikel ini memfokuskan sebahagian dari disiplin geografi politik yang mempunyai akses secara langsung tentang pola pengundian para pengundi. Ketika ini Pilihan Raya Umum Ke-14 bakal diadakan kurang dari tempoh dua tahun, walau bagaimanapun SPR mencatatkan sehingga 1 Januari 2016 didapati 24 peratus atau 4,189,754 orang dalam kalangan warganegara berusia 21 tahun ke atas yang layak masih gagal untuk mendaftar sebagai pemilih. Ini adalah satu fenomena serius dan merugikan negara dalam tempoh masa yang panjang. Oleh kerana itu, elemen nilai diketengahkan sebagai salah satu komponen penting dalam bertingkah laku sebagaimana terkandung dalam sub-disiplin geografi politik. Sehubungan itu, kajian secara kuantitatif telah dilaksanakan di mana seramai 544 orang responden telah terlibat secara langsung dengan penggunaan teknik 'persampelan bertujuan' iaitu dengan memfokuskan kelas menengah Melayu sebagai sampel kajian. Artikel ini meninjau dari aspek demografi responden. Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan peratus, min, dan sisihan piawai. Penemuan kajian telah mendapati elemen nilai amat signifikan dalam geografi politik yang mewajahkan amalan sistem demokrasi di Malaysia.
Kata Kunci: Signifikan, pengundian, kelas, geografi dan Melayu.
ABSTRACT
The field of geography is significant in determining the parts for election as stated in the Federal Constitution. This article focuses on the sub discipline in political geography that has direct access to the voters' voting patterns. In less than two years from now, the 14th General Election will take place. However, according to the record from the Election Commission of Malaysia (SPR), until 1st January 2016, 24 percent or 4,189, 754 Malaysians aged 21 and above who are eligible to vote, have yet to register as voters. This is a serious phenomenon and can negatively affect the nation in a long term. Therefore, the element of value is considered as one of the important components in behaving as constituted in the sub-discipline of political geography. By using the technique of 'purposive sampling' that focuses on Malay middle class as the sample, a quantitative research involving 544 respondents is conducted. This research examines the demographic aspect of the respondents. The findings are analyzed descriptively using percentage, min and standard deviation. The findings of this study show that the element of value is very significant...