Content area
Full Text
ABSTRAK
Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat dan boleh berlaku antara generasi dan juga secara inter generasi. Dimensi pendidikan dilihat sebagai antara faktor yang paling utama mempromosikan mobiliti sosial sesebuah komuniti khususnya terhadap komuniti luar bandar. Oleh itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti makna pendidikan daripada pandangan dunia komuniti Iban luar bandar dan bagaimana pandangan komuniti ini terhadap pendidikan menjadi agen kepada perubahan status sosial dan ekonomi. Ontologi idealis dan epistemologi interpretisme telah digunakan dalam kajian ini. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Teknik persampelan bertujuan dan snowball telah digunakan dalam memilih informan dalam kajian ini. Jumlah informan dalam kajian ini adalah sejumlah 20 orang dan jumlahnya ditentukan berdasarkan ketepuan data. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan penyemakan tema dengan komuniti. Hasil kajian mendapati makna pendidikan menurut komuniti Iban luar bandar dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu makna ekonomi, status sosial atau hieraki, prestij, kebanggaan dan kelangsungan hidup. Hasil kajian juga mendapati pandangan komuniti ini terhadap pendidikan telah membantu mereka untuk keluar daripada arus kemiskinan dan meningkatkan kedudukan sosial mereka dalam struktur sosial masyarakat moden. Kesimpulannya, pandangan komuniti Iban luar bandar terhadap pendidikan telah membantu mewujudkan empat kriteria utama dalam pembentukan susun lapis masyarakat etnik Iban luar bandar iaitu kekayaan, kekuasaan, kehormatan dan ilmu pengetahuan atau tahap pendidikan.
Kata Kunci: Mobiliti Sosial, Etnik Iban, Pendidikan, Sosiologi, Pembangunan Komuniti
ABSTRACT
Social mobility is a process of change or movement of a person or group from one position to another in a society and can occur between generations and also between intergenerational. The dimensions of education are seen as among the most prominent factors in promoting the social mobility of a particular community, especially towards the rural community. Hence, the main focus of this study is to examine the meaning of education from the world view of the Iban community and how this community's view of education becomes an agent of change in social and economic status. The idealist and epistemological interpretation of ontology has been used in this study. The data in this study were collected using in-depth interviews and nonparticipating observations. A...