Abstract

The Arabic course at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia is an elective course offered to first degree students. The objective of this study is to evaluate the use of learning materials in the context of learning oral Arabic at UiTM. It is a mixed method of quantitative and qualitative study using questionnaires, interviews and classroom observations. For quantitative data, stratified random sampling technique was used involving 455 students and 48 course lecturers while for qualitative data, 13 interviews with students, 8 interviews with subject lecturers and 12 classroom observations were engaged. The study found that the textbooks were the only learning material that had been highly used compared to other materials, showing that learning was primarily based on the textbooks. This study suggests some improvements in the use of learning materials such as to use authentic materials through computer and Internet. The textbooks have to be used as a guide and not as a final objective of learning. The use of learning materials has to support students’ interest, their needs and motivation. They also have to be given freedom to select materials according to their needs and interest.

Alternate abstract:

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kadar kekerapan penggunaan bahan pembelajaran bahasa Arab dalam konteks kemahiran lisan di UiTM. Ia berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas. Bagi data kuantitatif, teknik pensampelan rawak berstrata digunakan, melibatkan seramai 455 orang pelajar dan 48 orang pensyarah. Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 13 siri temu bual pelajar dan lapan temu bual pensyarah. Pemerhatian di dalam kelas pula membabitkan 12 siri pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya penggunaan buku teks sahaja berada pada kadar kekerapan yang tinggi, manakala bahan-bahan yang lain berada pada kadar kekerapan yang rendah. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran adalah berdasarkan kandungan buku teks semata-mata. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam penggunaan bahan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti penggunaan bahan yang bersifat autentik melalui medium komputer dan Internet. Penggunaan buku teks pula adalah sebagai panduan semata-mata dan bukanlah matlamat akhir pembelajaran. Bahan pembelajaran juga perlu menyokong minat, keperluan dan motivasi pelajar. Mereka juga perlu mempunyai autonomi dalam memilih bahan yang mereka perlukan dan minati.

Details

Title
Penggunaan Bahan Pembelajaran Dalam Kursus Bahasa Arab
Author
Ghazali Yusri; Nik Mohd Rahimi; Shah, Parilah M; Muhammad Arsyad Abdul Majid; Wan, Haslina Wah
First page
215
End page
233
Publication year
2012
Publication date
Jan 2012
Publisher
Nur Hafizah Abu Bakar
ISSN
16758021
e-ISSN
25502131
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
Malay
ProQuest document ID
2407361000
Copyright
© 2012. Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the associated terms available at http://ejournal.ukm.my/gema/about/editorialPolicies#openAccessPolicy